Chong Wei dilihat bangkit memenangi set kedua dan set ketiga selepas kalah 15-21 dalam set pertama.
Set kedua menyaksikan Chong Wei menang bergaya dengan mata 21-11 manakala set ketiga pula melihat Chong Wei menang 22-20 ke atas Lin Dan selepas pertempuran sengit antara dua jaguh badminton dunia itu.
Set ketiga perlawanan itu merakamkan aksi mendebarkan kedua-dua pemain itu yang dilihat mendominasi permainan secara selang-seli.
Dengan kemenangan itu, Chong Wei memastikan sekurang-kuranganya pingat perak dibawa pulang olehnya untuk olimpik kali ini. - Siakapkeli.my
